Wednesday, October 8, 2008

RAWATAN ISLAM SEBAGAI SEBAHAGIAN AKTIVITI DAKWAH RAKANPRIHATIN.COM


RAWATAN AS - SYIFA’
KAEDAH PERUBATAN MENURUT AL-QURAN.
SEBAGAI USAHA MEMBANTU MASYARAKAT ISLAM KEMBALI MENGHAYATI SEPENUHNYA AJARAN AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW, SERTA MEMERANGI BUDAYA SYIRIK YANG MENJADI KEPERCAYAAN SEBAHAGIAN MASYARAKAT ISLAM, KAMI MENAWARKAN SATU ALTERNATIF PERUBATAN DENGAN KAEDAH MENGGUNAKAN 100% AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN.

BAGI ANDA ATAU AHLI KELUARGA YG MENGALAMI MASALAH BERIKUT?

# RASA BERDEBAR DI DADA
# SUSAH UNTUK TIDUR MALAM
# SELALU BERMIMPI MELIHAT ULAR,KUCING ATAU ANJING
# MIMPI YANG MENAKUTKAN
# ULAR (HITAM) MASUK KE DALAM RUMAH
# SAKIT DI TEMPAT TERTENTU DAN SUKAR DIUBATI OLEH KAEDAH
RAWATAN BIASA
# PERASAAN YANG TIDAK MENENTU DAN SUKA MENYENDIRI.
# CEPAT MARAH
# SELALU SAKIT ATAU PENING KEPALA
# SELALU DIGANGGU BAYANGAN YANG MENAKUTKAN ATAU
TERDENGAR BISIKAN
GHAIB….DAN BERBAGAI LAGI PENYAKIT-PENYAKIT DISEBABKAN
OLEH PERBUATAN SIHIR, GUNA-GUNA ATAU GANGGUAN JIN /
SYAITAN.

SERTA RAWATAN UNTUK ANAK-ANAK BERMASALAH

RAWATAN MENGGUNAKAN 100% AYAT-AYAT AL-QURAN.

TARIKH : (ATAS PERMINTAAN)

TEMPAT :(ATAS PERMINTAAN)

MASA : (ATAS PERMINTAAN)

BAYARAN TIDAK DITETAPKAN KEPADA PESAKIT. SEDEKAH DI ATAS KEMAMPUAN.
SEBAHAGIAN SEDEKAH AKAN DI MASUKKAN KE DANA PEMBIAYAAN ANAK-ANAK YATIM DAERAH PITAS.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
019- 4574511 (HJ MUHAMMAD SAAD)
ATAU : 012 - 4432246 (UST MOHD IKMAL)
ATAU e-Mail:
rakanprihatin@yahoo.com

Tuesday, September 9, 2008

PAHALA BERSEDEKAH AMAT BESAR DI SISI ALLAH SWT

Firman Allah SWT di dalam Al Quran, yang bermaksud:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Al Baqarah ayat 261)

SEMPENA BULAN RAMADHAN AL MUBARAK INI, KAMI MENJEMPUT SEGENAP LAPISAN UMAT ISLAM UNTUK TAMPIL MENGHULURKAN SUMBANGAN DAN DERMA IKHLAS BAGI MEMBANTU INSAN-INSAN DHAIF, TERUTAMA ANAK-ANAK YATIM MISKIN DARI DAERAH PEDALAMAN PITAS, SABAH.

BAGAIMANA UNTUK MENYALURKAN SUMBANGAN?

HUBUNGI KAMI DI rakanprihatin@yahoo.com atau tel 088-764078 atau
019-4574511(Hj Mohamad Saad-Pengerusi) atau
019-8694782 (Pn Sar- Penyelaras Pitas) atau
0163348215 (Pn Suhana- Setiausaha)

SUMBANGAN ANDA AMAT DIHARGAI DAN HANYA ALLAH SAHAJA YANG AKAN MEMBERIKAN GANJARANNYA.

Thursday, August 28, 2008

TAZKIRAH 5 MINIT

Pahala besar jaga kebajikan anak yatim

Pahala besar jaga kebajikan anak yatim. AS-SYAHID SAYID Qutub berkata: Dasar takaful sosial itulah dasar masyarakat Islam. Kaum Muslimin diwajibkan menjaga kepentingan golongan yang lemah di dalam masyarakat. Anak-anak yatim yang kehilangan bapa mereka dan masih kecil merupakan golongan yang lebih utama mendapat perhatian dan perlindungan kaum Muslimin terhadap keselamatan diri dan harta mereka.

Oleh sebab itu al-Quran sekali lagi mengembalikan kaum Muslimin kepada sikap yang sederhana dan menggunakan cara yang mudah dalam menghadapi perkara ini dan mencari kebaikan untuk anak-anak yatim dan bertindak dalam batas-batas yang mendatangkan muslihat kepada mereka.Mengusahakan kebaikan-kebaikan untuk anak-anak yatim itu lebih baik daripada berasingan. Ini kerana tidak ada apa-apa kesalahan dalam percampuran dengan mereka selama percampuran itu mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Anak-anak yatim itu adalah sama seperti saudara-saudara kepada para penjaga mereka. Mereka adalah saudara seagama dalam Islam. Mereka adalah anggota-anggota dalam keluarga Islam yang besar dan Allah mengetahui sesiapa yang membuat kerosakan dan sesiapa yang membuat kebaikan. Yang menjadi asas pegangan bukannya tindakannya yang lahir, tetapi ialah niat dan hasilnya.

TercetusDemikianlah segala urusan ini dihubungkan kepada Allah dan diikatkan pada paksinya yang kukuh di mana berlegarnya akidah dan hayat. Inilah kelebihan perundangan yang diasaskan di atas akidah. Oleh itu, jaminan pelaksanaan undang-undang selama-lamanya tidak datang dari luar andainya ia tidak tercetus dan bertunjang di dasar-dasar hati nurani.

Firman Allah: Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama);Apabila Allah mengizinkan manusia bercampur gaul dengan anak-anak yatim bagi tujuan memperbaiki dan menyelia urusan mereka, maka itu adalah dalil keharusan mengurus bagi pihak anak yatim sebagaimana mengurus bagi pihak anak yatim.

Dalam athar ada disebutkan: Sebagaimana caranya engkau mendidik anakmu maka didiklah anak yatim dengan cara itu. Oleh itu, sebahagian ulama mengatakan: Adalah harus bagi pengasuh membelanjakan harta anak yatim sebagaimana wasi membelanjakannya dalam soal jual beli, pembahagian dan selainnya. Kami telah menerangkan hal ini dalam kitab Masail al-Furu'’ Inilah pendapat yang dipegang oleh penulis.

Oleh itu tindakan pengasuh itu diperakui sama ada pada harta yang banyak itu sedikit berdasarkan kemutlakan ayat tersebut.

Firman Allah: Dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka).

Apabila seseorang mengambil tanggungjawab menjaga anak yatim, maka dia boleh menguruskan harta anak yatim itu. Sekalipun tidak dilantik oleh wali anak yatim itu. Ini disebabkan ayat tersebut menyebutkan kebenaran itu secara mutlak dan kerana kafalah (penjagaan) itu juga sama kedudukan seperti wilayah (kewalian) yang umum.

Ketahuilah bahawa tidak ditemui berita daripada mana-mana khalifah yang melantik seseorang untuk menjaga anak yatim, walaupun ramai anak yatim yang ada pada zaman mereka, tetapi mereka memperakui hak menjaga anak yatim itu apabila anak yatim itu tinggal dengan mereka.

Diriwayatkan daripada Umar r.a. bahawa beliau berkata tentang seorang anak pungut: “Dan merdeka, engkau boleh menjadi walinya dan kami bertanggungjawab membiayainya.” Yang dimaksudkan dengan wali itu ialah wali bagi urusan penjagaan bukannya bagi urusan harta pusaka, seperti yang disangkakan oleh satu kumpulan.

Tanggungjawab memelihara anak yatim merupakan besar pahalanya. Sifat Allah yang Maha Mengetahui mana yang buruk dan mana yang baik. Mengithbatkan sifat Allah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.

disunting dari tulisan:
DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia








SENARAI NAMA DAN ALAMAT ANAK YATIM MISKIN DAERAH PITAS

BIL
NAMA
NO I.C / SB
ALAMAT
(1)
Noraini bte Mari
910310-12-5072
Kg Pituru, Pitas
(2)
Mahadi bin Maldin
930906-12-7077
Kg Ranggu
(3)
Mohd Fahruf
S/B 555/97
Kg Kelumpang
(4)
Sicdie bin Eksin
910503-12-5183
Kg Mangkubau Laut
(5)
Mariah bte Eksin
940221-12-5174
(6)
Siti Rohani bte Eksin
021030-12-0912

(7)
Nizam bin Eksin
S/B 003894

(8)
Siti Roziana bte Eksin
S/B 60/99

(9)
Sharifah Rozilah bte Sharif Amang
910219-12-6250
Kg Kanibongan
(10)
Sukmawati bte Muamad
930731-12-6442
Kg Kabuloh, Paitan
(11)
Sukmadewi bte Muamad
S/B 1215/96

(12)
Muhammad Anwar bin Kadir
930702-12-6179
Kg Kanibongan
(13)
Muhamad Helmi bin Abd Rasin
S/B 77/95
Kg Kusilad
(14)
Cristilla bte Yahiya
900122-12-5738
Kg Kandang
(15)
Mazlan bin Abd Rahim
950625-12-5081
Kg Dandun
(16)
Abd Rahman bin Man
930104-12-5539
Kg Kelumpang
(17)
Jalcirun @ Jakirun bin Nuan
S/B 020034
Kg Rosob
(18)
Muhamad Fakhrul Dawani b Abd Nikah
021227-12-0879
Kg Komiri
(19)
Ardy Saputro bin Abd Nikah
S/B 1244/96

(20)
Masri bin Masuari
910824-12-5109
Kg Pinggan-Pinggan
(21)
Fauziah bte Ameer Hamja
910108-12-5164
Kg Kelumpang
(22)
Mohd Faizal bin Ameer Hamja
921210-12-6821

(23)
Elbin bin Ismani
S/B 224/93
Kg Sawangon
(24)
Isnin bin Ismani
S/B 191/95

(25)
Romzie bin Ismani
S/B 213/97

(26)
Jumah bte Orin
920817-12-5054
Kg Kanibongan
(27)
Julkifli bin Orin
940916-12-5197

(28)
Junaidah bte Orin
S/B 729/96

(29)
Julaikah bte Orin
S/B 515/98

(30)
Siti Zulaika bte Abd Ghani
S/B 139/97
Kg Pinggan-Pinggan
(31)
Siti Aminah bte Datu Sait
940506-12-5178
Kg Pinggan-Pinggan
(32)
Mohd Hosny bin Abd Rasin
950723-12-5093
Kg Datong
(33)
Syukirah Bte Abd Rasin
980423-12-5056

(34)
Norkiah bte Makopin
911005-12-5134
Kg Mempakat Darat
(35)
Norjijah bte Makopin
931220-12-5258

(36)
Amran bin Kuba
S/B 133452
Kg Kusilad
(37)
Martin bin Kuba
S/B 133453

(38)
Salleh bin Kuba
S/B 133454

(39)
Raini Bte Kuba
S/B 133455

(40)
Nafisa Bte Otong
931128-12-6362
Kg Kusilad
(41)
Bung Farman bin Otong
S/B 109/96

(42)
Jamil bin Nasib
911223-12-5095
Kg Kanibongan
(43)
Norsaezan bin Taniyu
S/B 1450/98
Kg Kanibongan
(44)
Mohd Fazrul bin Taniyu
S/B 123/2000

(45)
Mohd Fashwan bin Taniyu
020504-12-1219

(46)
Nortina Bte Lakibul
911224-12-5126

SENARAI TAMBAHAN ANAK-ANAK YATIM KG SINASAK BATU, PITAS.

BIL
NAMA
UMUR (TH)
NO K.P / T.LAHIR
(1)
Siti Norainah bte Kama
12th
18.7.96
(2)
Mohd Shahrul Izam bin Kama
16th
920211-12-5033
(3)
Nurul Mirawati bte Mohd Nasib
12th
14.4.96
(4)
Mohd Khairul bin Mohd Nasib
12th
14.4.96
(5)
Mohd Saffry bin Mohamad Ali
11th
19.8.97
(6)
Mohd Khairil bin Mohamad Ali
14th
18.6.94
(7)
Jumat bin Mohamad Ali
16th
20.02.92
(8)
Monnaliza bte Janah
15th
930923-12-6148
(9)
Susanti bte Inoh
17th
910108-12-5474
(10)
Herman bin Inoh
14th
940418-12-6533
(11)
Affendy bin Inoh
13th
951209-12-6477
(12)
Norhaisah bte Mesal
11th
13.2.97
(13)
Norsinah bte Mesal
14th
941027-12-6522
(14)
Mazri bin Mesal
16th
920718-12-6705
NOTA: Semua anak-anak yang disenaraikan di atas sekarang ini tinggal dengan ibu masing-masing atau di jaga oleh sanak saudara terdekat. Semua keluarga ini adalah termasuk di dalam kategori miskin tegar. Pihak kami sedang mengusahakan sebuah Asrama Anak-Anak Yatim Daerah Pitas untuk menempatkan anak-anak ini. Dengan penempatan berpusat akan memudahkan lagi pengurusan bantuan dan anak-anak ini akan dapat dipantau tahap perkembangan akademik dan syahsiah mereka. Ini juga dapat membantu meringankan beban ibu atau keluarga tumpang mereka.
PROGRAM ‘RAKAN 10’

RAKAN 10 ADALAH KONSEP PERKONGSIAN TERDIRI DARI 10 ORANG DARI SATU KUMPULAN. SETIAP KUMPULAN AKAN DIKETUAI OLEH SEORANG KETUA YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENYELARAS KUTIPAN SUMBANGAN DARI SETIAP AHLI PADA SETIAP BULAN.

KAEDAH PERLAKSANAAN

DENGAN SUMBANGAN SEBANYAK RM 10.00 ATAU 20.00 SEBULAN DARIPADA SETIAP INDIVIDU DI DALAM KUMPULAN AKAN MENGHASILKAN RM 100.00 KE 200.00 SEBULAN. JUMLAH RM 10.00 ATAU 20.00 INI, TIDAKLAH MEMBEBANKAN, SEBALIKNYA BILA DIKUMPULKAN AKAN MENJADI SATU JUMLAH YANG BESAR YANG DAPAT MEMASTIKAN BANTUAN UNTUK SEORANG ANAK YATIM SECARA BERTERUSAN.

SETIAP KUMPULAN ‘RAKAN 10’ AKAN DISERAHKAN SEORANG ANAK YATIM SEBAGAI ANAK ANGKAT SECARA TETAP DAN SUMBANGAN SECARA BERTERUSAN PADA SETIAP BULAN DIPERLUKAN UNTUK MEMASTIKAN KEPERLUAN TERUTAMA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN DIPENUHI.

PIHAK RAKANPRIHATIN.COM SELAKU PERANTARA, SETIAP MINGGU AKAN BERADA DI PITAS BAGI MEMANTAU SECARA DEKAT PERKEMBANGAN AKADEMIK TERKINI ANAK-ANAK YANG TERLIBAT. SETIAP 3 KE 4 BULAN SEKALI, ANAK-ANAK INI AKAN DIKUMPULKAN UNTUK SIRI KEM MOTIVASI, DAN PUTARAN INI AKAN BERTERUSAN SEHINGGA KE SATU MASA DI MANA MEREKA DAPAT BERDIKARI SEPENUHNYA.

KEBAIKAN PROGRAM ‘RAKAN 10’

1. DAPAT MELAKSANAKAN IBADAH YANG AMAT DITUNTUT DI DALAM ISLAM SECARA BERJAMAAH.
2. MEMBUKA PELUANG KEPADA LEBIH RAMAI MASYARAKAT ISLAM UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM BERIBADAH.
3. JUMLAH YANG PERLU DISUMBANGKAN TIDAK MEMBEBANKAN, MEMANDANGKAN DIBUAT SECARA BERKUMPULAN, JUSTERU SUMBANGAN BOLEH DIBUAT SECARA BERTERUSAN SETIAP BULAN.
4. MANFAAT AKAN DAPAT DIPEROLEHI OLEH SETIAP ANAK YATIM SETIAP BULAN SECARA BERTERUSAN SEHINGGA MEREKA BOLEH BERDIKARI.
5. DAPAT MENGERATKAN SILATURRAHIM DI ANTARA RAKAN DI DALAM KUMPULAN.

SASARAN

SASARAN PROGRAM INI DILETAKKAN UNTUK TEMPOH 5 TAHUN (2008 - 2013). TUMPUAN BAGI KUMPULAN ANAK-ANAK YATIM TERPILIH DARI UMUR 15 HINGGA 17 TAHUN. PEMANTAUAN SERTA BIMBINGAN SECARA DEKAT AKAN TERUS DILAKSANAKAN BAGI MEMASTIKAN SETIAP SUMBANGAN DI MANFAATKAN SECARA YANG TERBAIK DAN MEMBERIKAN KESAN YANG MAKSIMA. DIHARAPKAN SATU PERUBAHAN MENYELURUH KEPADA NASIB ANAK-ANAK YATIM YANG TERPILIH INI AKAN BERLAKU DAN MEREKA BERJAYA DIDIDIK MENJADI ANAK YANG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT.

Wednesday, August 27, 2008


HIDUP KITA YANG SEMENTARA, MARILAH KITA MENCARI REDHA ALLAH

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Selaku pengasas kepada sebuah badan bebas ini, saya ingin berkongsi pengalaman dengan saudara/i bagaimana pada mulanya saya amat teruja untuk melakukan kerja-kerja Dakwah ini.

Bermula dengan minat saya pada aktiviti 'outdoor' , menjelajah laut, pulau, sungai dan merentas hutan belantara menggunakan kenderaan pacuan 4 x 4, sememangnya tidak dapat dipisahkan sama sekali dari kehidupan saya. Saban kali saya masuk ke kawasan Pedalaman Sabah, saban kali juga hati kecil saya amat tersentuh bila melihat dan bertemu dengan ‘kemiskinan dan kesusahan’ saudara-saudara samada seagama dengan kita atau yang belum di berikan Hidayah oleh Allah SWT.

Benarlah, statistik yang menyatakan, Daerah Pitas adalah Daerah yang penduduknya paling miskin di Malaysia. Hati kecil saya merasa amat tersentuh sekali bila melihat sendiri keadaan rumah tempat mereka menginap dan membesarkan anak-anak. (Seperti sebahagian gambar yang saya paparkan disebelah). Disaat kita mengecapi nikmat kemerdekaan lebih 50 tahun yang lalu, rupanya masih ada lagi masyarakat seperti mereka di sini yang layaknya seperti kehidupan nenek moyang kita di zaman Jepun menakluki Tanah Melayu dulu!

Lebih tersentuh lagi bila ada di celah-celah 'kesukaran' itu, ada anak-anak yatim yang kematian bapa. Tiada tempat untuk bergantung hidup dek kerana hilang tonggak punca pencarian dan pendapatan keluarga terpaksa ditanggung ibu. Kesukaran ini di tambah pula dengan tiada apa-apa peluang pekerjaan, tiada pasaran pada hasil-hasil pertanian, pendek kata serba serbinya sukar dan susah.

Justeru, diruang blog yang terhad ini, saya ingin mengajak saudara/i untuk merenung sejenak keadaan ini, dan di dalam masa yang sama cari-carilah di dalam Al-Quran melalui tafsirannya, atau khazanah Hadith-Hadith Nabi SAW, kitab-kitab agama karangan ulamak muktabar mengenai kelebihan kita mendampingi ANAK-ANAK YATIM , GOLONGAN FUQARAK WAL MASAKIN SERTA PARA DHU’AFAK’.

DAN PERKARA YANG PALING DITAKUTI DAN SEMEMANGNYA SEDANG BERLAKU DI SINI....
disaat kita leka, beberapa kumpulan missionaries dan pendakyah-pendakyah orientalis sedang menyelinap masuk ke segenap ceruk pedalaman Sabah bagi menyampaikan mesej agama mereka!. Mereka sanggup mengenepikan keselesaan, tinggal berbulan-bulan dengan penduduk kampung di pedalaman semata-mata untuk satu MISI penting mereka. Hasilnya, ramai dikalangan MASYARAKAT ISLAM DI PEDALAMAN YANG TELAH KECUNDANG dengan 'kebaikan dan keprihatinan' kumpulan missionaries ini. Saya boleh MEMBUKTIKAN di kampung mana dan berapa ramai bilangan umat Islam yang telah 'kecundang' hasil daripada gerakan kumpulan ini. Nauzubillahi Min Zaalik!!

Cabaran ini adalah sesuatu yang amat besar. Jihad ini adalah JIHADULAKBAR!!.Marilah kita melakukan sesuatu. Marilah sama-sama kita mengabdikan diri kepada Allah SWT secara total. Tunjukkan syukur kita kepada Allah yang telah memberikan dua Nikmat yang terbesar kepada kita iaitu Nikmat IMAN dan Nikmat ISLAM. Sesungguhnya tanpa kedua-dua Nikmat ini, walau siapapun kita, sebanyak manapun harta dan wang ringgit kita, tidak ada apa-apa makna langsung di dalam kehidupan kita yang sementara ini.

Mari kita gerakkan jentera DAKWAH.

Pendekatan Pertama:
Pendekatan yang saya ambil adalah dengan membantu golongan dhuafa ini dengan sedikit bantuan dari segi material. Ini adalah asas keperluan kehidupan mereka. Bantuan berbentuk makanan asas seperti beras, gula, tepung, susu, biskut, mee segera, sardin dan makanan kering untuk disalurkan kepada seberapa ramai yang termampu. Ini saya pohon agar saudara/i yang berkemampuan agar dapat memberikan sedikit pengorbanan.

Seberapa yang boleh, pengagihan akan dibuat secara berkumpulan, dan sebelum sumbangan diserahkan, pihak kami akan mengaturkan seorang Ustaz untuk memberikan sedikit tazkirah. Kami akan cuba membina hubungan dengan menyambungkan silaturrahim para penyumbang dengan penerima sumbangan seolah-olah seperti satu Keluarga Angkat,

dan ada kemungkinan bila terdapat kelapangan dari para-para penyumbang yang berkesempatan untuk datang ke Sabah, kami akan mengaturkan untuk di bawa bagi bertemu dengan Keluarga angkat masing-masing.

Pendekatan Kedua:
Setelah hubungan silaturrahim ini dapat dibina dengan sebaiknya, pihak kami akan memohon sumbangan berbentuk buku-buku agama berbentuk cerita berkaitan Syurga-Neraka, Siksa Kubur, Siksa bagi yang meninggalkan Solat, Dosa pahala, dan semua bentuk bahan bacaan simple untuk di berikan kepada anak-anak yang masih bersekolah. Kumpulan sasaran ini di kira pelapis atau kumpulan Generasi Kedua yang akan dibentuk dengan dakwah ringan sebagai peringkat awal. Kumpulan sasaran ini juga sebolehnya nanti akan di kumpulkan di dalam Program Kem motivasi pada musim-musim tertentu seperti cuti Sekolah, dan di dalam program ini tarbiah secara formal akan dilakukan. Minda mereka akan dibentuk diperingkat ini. Mereka akan dibentuk, diasuh, dididik dan dipantau agar menjadi manusia yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Peringkat Ketiga:
Peringkat seterusnya, bagi penyumbang yang lebih berkemampuan, kami akan mencadangkan anak-anak dari kumpulan sasaran ini di taja atau diberikan panduan dan bimbingan bagaimana untuk melanjutkan pelajaran samada ke IPTA, IPTS, Kolej-Kolej Kemahiran ataupun ke Sekolah-Sekolah Agama atau Sekolah Pondok di mana-mana negeri di Semenanjung yang menganjurkan pengajian Islam.

Kumpulan sasaran ini, bila telah tamat pengajian serta dapat menjawat sesuatu jawatan sesuai dengan kelulusan dan kelayakkan mereka, mereka akan dapat membantu generasi seterusnya. Insya Allah, dengan duplikasi yang dibuat nanti, generasi kedua dan ketiga daripada mereka pasti akan dapat di selamatkan. InsyaAllah.

Tetapi, semuanya bermula di sini. Langkah pertama, Keperluan kepada 'kehidupan' mereka harus ditangani terlebih awal. Kerja ini tidak akan dapat dilakukan seorang dua, tetapi memerlukan sebuah JAMAAH yang besar bagi mencapai hasrat dan matlamat Dakwah yang lebih berkesan.

Justeru, marilah sama-sama kita renungkan.